BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Ya Allah,ku serah padamu segalanya.cukupkan bgku agamaku..tiada sesal bgku jika itu yang terbaik untk dunia & akhiratku"

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum.. sihat semua?
Saya berharap semua dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

Saya mahu bertanya beberapa soalan kepada anda yang membaca:
Soalan pertama: Manakah yang anda raikan? Maulidur Rasul? Valentines day? Hari jadi facebook?
soalan kedua: Adakah anda tahu bahawa sebelum Rasulullah wafat, Baginda telah menyeru umatnya sebanyak 3 kali. Tidakkah anda terfikir bahawa Rasullah amat sayangkan dan risaukan umatnya (kita semua).
soalan ketiga: Adakah Saint Valentines menyeru pengikutnya dia sedang nazak? atau dia hanya fikirkan kesakitan ketika roh dicabut dari jasad?
soalan keempat: Adakah Facebook itu begitu bermaknanya buat anda sehingga ia menjadi sebahagian dari hidup anda?

ketahuilah manusia, hidup anda akan lebih terjamin sekiranya anda mengabdikan diri kepada yang Maha Esa dan Rasulnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Tidakkan anda teringin mahu menuju ke Syurga bersama-sama Rasulullah kerana anda mendapat syafaatnya di akhirat kelak?

Jadi, marilah bersama-sama kita berselawat mengingati Rasulullah kerana jika Rasulullah yang dijamin Syurga masih mengingati kita kerana Baginda takut kita tersasar dari jalan yang benar sedangkan Baginda telah dijamin Syurga,apatahlagi kita hanya sebagai hamba yang tentunya telah membuat banyak dosa yang hanya mengharapkan ihsan Baginda agar membantu kita di Padang Mahsyar kelak. sebelum itu,mari kita hayati video ini.

Valentines, apakah yang ada dapat dengan menyambut hari Valentines. Tidakkah anda yang menyambutnya bersama pasangan masing-masing sedar bahawa anda telah menyumbang jumlah maksiat yang belaku pada zaman ini?
Begitu juga dengan Facebook, tidak salah jika anda memanfaatkan facebook dengan sebaik-baiknya. Jangan anda tersalah guna untuk memaki,mengutuk dan segala me- yang lain yang akan menjatuhkan maruah kita semua sendiri sebagai umat Islam.

Akhir sekali,marilah kita mendengar nasyid ini. :)



                                                          mari selawat bersama-sama.. :D

*sila tekan paused lagu dibawah untuk mendengan video. Terima Kasih :)

salam sayang,
cahaya_arina


"Try to share this to others!" ^-^

0 nasihat dari pembaca: