BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Ya Allah,ku serah padamu segalanya.cukupkan bgku agamaku..tiada sesal bgku jika itu yang terbaik untk dunia & akhiratku"

Wednesday, January 4, 2012

sekolah bermula..

Assalamualaikum..
walaupun tiada orang yang akan baca blog ni dan memandangkan tuan blog pun jarang buka blog sendiri,
saya tetap akan update blog ini :)

Baiklah, mengenai hari pertama persekolahan untuk tahun 2012.
Sangatlah membosankan kerana hari ini adalah hari orientasi.
Kami hanya duduk di dewan sambil mendengar guru-guru memberi taklimat.

Selain daripada kebosanan yang membelenggu, terdapat seorang kawan saya telah berubah.
Bukan perubahan yang teruk seperti lupa kawan dan sebagainya,
tetapi perubahan yang baik.
Kawan saya itu telah bertudung.
Tidak terucap gembiranya saya :D

Disamping itu,
seorang lagi teman saya juga telah melakukan perubahan.
Dia telah melabuhkan tudungnya.
Tahun lepas dia telah mula bertudung dan tahun ini dia melabuhkan tudungnya.
Bukankah itu satu hidayah yang sangat besar bagi dirinya?

Alhamdulillah,Allah telah pun membuka pintu hati rakan-rakan saya.
Harapnya semangat juang mereka tetap berkekalan sehingga akhir hayat.

Sampai disini sahaja 'post' saya buat masa ini.
salam sayang,
cahaya_Arina


"Try to share this to others!" ^-^

0 nasihat dari pembaca: